Thursday, May 15, 2014

Xiaomi Mi 3 Dilancarkan di Malaysia 19 Mei 2014


Xiaomi mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon iaitu Mi3 di Malaysia pada 19 Mei ini .

Jika anda tidak pernah mendengar nama Xiaomi sebelum ini, syarikat ini adalah satu lagi syarikat dari China yang menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi tinggi pada harga yang amat berpatutan .

Buktinya , telefon pintar Redmi dan Mi 3 telah habis dijual di Singapura didalam masa 8 minit selepas mula dijual.

Tempahan bagi model hangat Xiaomi Mi 3 ini akan dibuka pada 20 Mei dan harga penjualan model ini pasti membuat anda teruja .



Xiaomi Mi 3 akan dijual pada harga RM889 dan harga ini boleh dikatakan hampir sama dikesemua pasaran dunia termasuk di China.

Pada harga RM889, spesifikasi Mi3 ini adalah antara yang terbaik. 

Mi 3 dengan skrin paparan IPS Full HD berukuran 5 inci , prosesor Snapdragon 800 2.3GHz, Memori 2GB RAM dan mempunyai memori simpanan dalaman 16GB . 


Kamera belakang Xiaomi Mi 3 , 13 Megapixel , menggunakan kamera Sony BSI f/2.2 .

Kamera hadapannya pula  3 Megapixel.

Baterinya sangat berkuasa iaitu 3050mAh .

Sedikit mengecewakan ialah tiada slot microSD bagi model ini dan berasaskan Android 4.3 Jelly Bean dengan MIUI .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates