Wednesday, May 7, 2014

Spritz Membolehkan Pengguna Baca 1000 Perkataan Seminit


Spritz ialah apps yang dibangunkan bagi mempercepatkan kelajuan membaca . 

Apps ini kini dalam proses pembangunan untuk Android , IOS dan juga komputer peribadi . 

Developer Spritz mendakwa dengan menggunakan apps ini , kelajuan membaca boleh meningkat sehingga 1000 patah perkataan seminit. 

Sebuah novel bersaiz sederhana boleh dibaca secara lengkap dalam masa 90 minit sahaja. 

Spritz menggunakan teknologi yang dipanggil Readicle , yang mengoptimasikan kelajuan anda mengenali perkataan yang dipaparkan. 

Kepantasan membaca ini dapat dilakukan kerana perkataan yang bergerak dan bukannya mata anda. 

Teknologi Spritz dijangka akan memudahkan pembacaan teks seperti khidmat pesanan ringkas dan emel pada jam pintar. 

Teknologi ini telahpun ada di dalam kesemua Samsung Galaxy S5 danGalaxy Gear 2

Pada yang berminat , boleh mencuba sendiri , demo penggunaan Spritz di laman rasmi  mereka . 

Terdapat pilihan kelajuan yang bermula dari 250 patah perkataan seminit dan setting berbeza yang lain .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates