Friday, May 30, 2014

Samsung Grand Quattro dan Trend Plus Kini RM200 Lebih Murah Harganya

Berita baik buat peminat telefon pintar Samsung di Malaysia .

Samsung secara rasminya telah menurunkan harga penjualan dua model ini iaitu Samsung Grand Quattro dan Galaxy Trend Plus

Harga penjualan yang baru adalah RM200 lebih murah berbanding harga pada hari pelancaran kedua-dua model tersebut .

Samsung Galaxy Grand Quattro yang punya spesifikasi seperti dibawah :


- skrin 4.7 inci dengan 199ppi

- prosesor Qualcomm Snapdragon 200 berkelajuan 1.2Ghz

- 1GB RAM 

- 8GB memori simpanan dalaman

- kamera belakang 5MP , kamera VGA pada bahagian hadapan

- bateri 2000mAh

Harga penjualan terbaru bagi model ini di Malaysia ialah adalah RM699 , berbanding RM899 semasa pelancaran rasminya dulu .

Spesifikasi Samsung Galaxy Trend Plus pula :


- skrin 4 inci 233ppi

- prosesor Dual core Cortex A9 berkelajuan 1.2 GHz

- 768MB RAM

- 4GB memori simpanan dalaman 

- kamera belakang 5MP , kamera hadapan VGA

- bateri 1500mAh

Harganya sekarang ialah RM399 berbading RM599 sebelum ini .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates