Wednesday, May 7, 2014

Samsung Diberitakan Akan Melancarkan Galaxy Tab S


Dari sumber yang boleh dipercayai , dikatakan Samsung akan mengeluarkan tablet baru yang dinamakan Galaxy Tab S.

Galaxy Tab S dikatakan dalam dua saiz iaitu iaitu 8.4 inci dan 10.5 inci . 

Kedua-duanya dijangka akan menggunakan display WQXGA dengan resolusi 2560×1600.

Tablet ini juga bakal dilengkapi dengan thumbprint scanner sama seperti Galaxy S5 , khas untuk urusan melibatkan pembayaran seperti PayPal untuk kegunaan beberapa buah negara terpilih .

Selain itu sekuriti ini juga akan digunakan untuk mengakses gajet dan login ke akaun Samsung online .

Samsung tetap menyertakan fungsi Multi User Login pada tablet ini yang menggunakan thumbprint scanner .

 Tablet ini akan mempunyai rekaan seperti Galaxy Tab 4 .

Spesifikasinya ini dijangka menggunakan cip prosesor Octacore , memori 3GB RAM , kamera belakang 8 megapixel dan kamera hadapan 2.1 megapixel.

Galaxy Tab S ini dikatakan akan menggunakan OS Android 4.4.2 KitKat , dan paparan GUI khas untuknya dari Samsung .

Tarikh pelancarannya belum diketahui lagi , mungkin juga pada penghunung 2014 ini .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates