Thursday, May 8, 2014

Oppo Find 7 Dijual di Malaysia Penghujung Jun 2014


Oppo Malaysia secara rasminya telah melancarkan dua telefon pintar terbaru mereka, iaitu Oppo Find 7 dan juga Oppo Find 7a. 

Dari segi spesifikasi , Oppo Find 7 menyertakan cip prosesor Quadcore 2.5Ghz , memori 3GB RAM , skrin 5.5 inci dengan resolusi 2560×1440 pixel

Kamera belakangnya pula ialah 13 megapixel .

Kelebihan utama gajet ini ialah pada kameranya yang menawarkan rakaman gambar dalam pelbagai mod , selain sokongan pengecasan pantas membolehkan pengguna mengecas sehingga 75% dalam masa 30 minit. 

Sistem operasi ColorOS 1.2 pula yang terdapat dalam gajet ini berkaitan fungsi gesture  .

Antaranya ialah fungsi dual tap untuk mengaktifkan dan mematikan skrin.

Pada bahagian kamera, Oppo memfokuskan kepada beberapa aspek penting .

Salah satunya adalah mod UltraHD yang membolehkan pengguna merakamkan gambar , zoom, tanpa kehilangan kualiti daripada imej asal , seperti kamera lain.

Oppo turut menyertakan fungsi Focus Tracking dan juga rakaman video 4K pada peranti berkenaan.

Oppo Find 7 akan dijual pada penghujung Jun 2014 ini , di Malaysia , pada harga RM1998 .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates