Sunday, May 18, 2014

Johor Bangunkan Apps Untuk Tempahan Teksi Dalam Talian


Buat masa ini , perkhidmatan melanggan atau menempah teksi dalam talian kebanyakannya hanya bertumpu pada Lembah Kelang sahaja .

Tempahan ini biasanya dibuat dengan menggunakan apps pada telefon pintar yang menggunakan Android , iOs atau Windows Mobile .

Johor telah mengorak langkah dengan membangunkan apps untuk kegunaan mereka sendiri iaitu yang akan digunakan di Iskandar Malaysia .

Mungkin ini ialah langkah percubaan Johor untuk melaksanakan tempahan teksi secara dalam talian itu .

Apps ini telah dibangunkan dengan kos RM130,000 .

Projek ini ialah usahasama kerajaan negeri Johor dengan pengendali perkhidmatan tempahan teksi dalam talian Malaysia iaitu MyTeksi .

Khabarnya ia akan digunakan pada Ogos 2014 ini .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates