Wednesday, May 14, 2014

Galaxy Tab 4 Dilancarkan Di Malaysia


Samsung Galaxy Tab 4 dijual dengan 3 model berbeza mengikut saiz skrinnya iaitu model 7.0 (7 inci) , model 8.0 (8 inci) dan model 10.1 (10.1 inci) .

Di Malaysia hanya model 7 inci dan model 10.1 inci saja dijual .

Model 7 inci berharga RM999 dan model 10.1 inci pula berharga RM1,499

Kedua-dua model dilengkapi skrin WXGA yang mempunyai resolusi skrin 1280×800 piksel dan dilengkapi pemproses Quad Core 1.2GHz dengan 1.5 GB RAM.

Pengguna boleh membuat panggilan pada kedua-dua tablet ini memandangkan ianya menyertakan fungsi telefon.

Model 10.1 inci menggunakan rangkaian 4G LTE dengan kelajuan mencapai 150Mbps , namun model 7 inci hanya dapat rangkaian 3G HSPA+ .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates