Thursday, May 8, 2014

Apple CarPlay iOS Didalam Kenderaan Anda


Apple telah memperkenalkan sistem CarPlay untuk beberapa pengeluar kenderaan terpilih untuk tahun 2014.

Apple CarPlay dijangka akan memberikan pengalaman yang lebih menarik dan mudah terutamanya dalam menepati inspirasi Apple untuk menjadikan sistem mereka sebahagian daripada cara kehidupan pengguna.

Kenderaan yang dilengkapi dengan Apple CarPlay membolehkan pengguna menjawab dan membuat panggilan, menghantar mesej, mendengar muzik, serta mengetahui arah perjalanan ke sesuatu destinasi. 


Inspirasi produk ini adalah untuk memastikan pengguna menjadi lebih fokus di jalan raya.

Selain daripada itu, sistem CarPlay juga akan dilengkapi dengan sokongan Siri. 

Buat masa ini sistem GPS CarPlay masih menggunakan aplikasi Maps rasmi daripada Apple .

Namun dijangkakan akan terdapat lebih banyak aplikasi GPS yang boleh diintegrasikan bersama-sama CarPlay di masa akan datang , termasuklah Waze dan Google Maps.

Antara aplikasi lain yang terdapat pada CarPlay adalah Spotify, Podcasts, Beats Radio, iHeart Radio, dan Stitcher. 


Tiada lagi App Store yang disertakan bersama buat masa ini. 

Malah, hanya iPhone 5S, 5C dan 5 sahaja yang boleh dihubungkan kepada CarPlay.


Memang menarik rekaan dan paparan grafiknya .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates