Thursday, May 8, 2014

Android Malware Melumpuhkan Gajet dan Meminta Wang Tebusan


Sejenis malware Android dikesan baru-baru ini .

Installernya dalam bentuk APK .

Sebaik pengguna install dalam OS , ia akan melumpuhkan OS dan sistem yang dijangkiti .

Nama malware ini ialah Android-Trojan.Koler.A .

Gajet pengguna akan lumpuh sepenuhnya , dan akan keluar mesej popup yang meminta tebusan atau sejumlah wang yang perlu dibayar , jika ingin menggunakan semula gajet yang telah lumpuh itu .

Kadangkala ugutan lebih banyak dipaparkan dan pengguna dituduh pula telah melanggan pornografi kanak-kanak bawah 18 tahun , kerana itu gajet mereka dilumpuhkan .


Tujuan sebenarnya ialah untuk mencari duit , dan hacker yang melakukannya memang pintar .

Jadi berhati-hati selepas ini untuk menginstall APK dalam gajet android anda .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates